![]() ![]() |
Perihal Kampung !
Saturday, June 2, 2012 with 0 comment
Assalamualaikum and Annyeong SEMUA ! Terasa hendak bermadah pula . Bila melihat rakan karibku menyusun ayat yang berbunga-bunga , terasa diri ini juga mahukannya . Oh ! sungguh sedap dan cantik apabila dibaca . Penat sungguh apabila berada di dalam kereta yang lamanya selama 2 jam . Punggung kepunyaanku ini terasa kebasnya amat . Mari aku cerita en kepada kamu , kamu dan kamu semua perihal aku dan keluarga berada di kampung . Pada mulanya , kami ingin bertolak dari KL ke Johor (01/06/2012) pada pukul 8 malam tetapi terlajak pula pada pukul 830 malam . Tidak apa-apa , hanya lewat 30 minit sahaja . Itulah janji melayu . Apa yang dijanji jadi lain pula . HAHA . Padahal angkara aku dan adik beradik yang lewat nak salahkan orang lain pulak . Ampun . Dalam kereta , kakak ku sudah memberi arahan agar dibuka radio di dalam kereta . Ahhh ! tak habis-habis dengan radionya itu . Maka dilayan sahaja . Nanti tak pasal-pasal kena herdik oleh kekuatan suaranya itu . Tak sanggup . Pada pukul 930 malam , kami telah dihiburkan dengan rancangan yang amat dikenali ramai iaitu pertandingan berbentuk hiburan VERSUS . Kami hanya mendengarnya di dalam kereta . Almaklumlah kereta kepunyaan bapaku tidak mempunyai TV . Ahhh ! Penat lah pulak bermadah-madah nie . Formal sangat . So , mari kita bersantai-santai lah pulak . Pukul 11 malam , kitaorang sampai . Bestnya ! Ramai . Mula-mula tak dapat nak biasakan diri sebab ramai sangat . Uhuk ! Salam-salam . Lepas tue lepak dekat tempat makan-makan yang dikenali sebagai dapur tapi takde gas semua itu . Ada sinki , bilik air . Ahhh ! susah nak terangkan . Jemputlah datang nanti . HAHA . Pada keesokkan harinya , sudah menjadi kebiasaan saudara di sana bangkit pada pukul 6 pagi . Aku bangun pukul 730 pagi . Hehehe . Terlambatlah pulak . Mandi , sarapan . Lepas tue tolonglah apa-apa yang patut . Yes , saya pandai memotong . Puji sikit . Kahkahkah . Pada waktu malam pulak buat tahlil . Penatnya haih angkat dulang yang berisi kuih-muih . Dan yang paling special dan menjadi tradisi orang Johor , ofcourse ada nasi ambang . Dah habis semua , kemas-kemas . Esok nak balik iaitu bersamaan pada hari ini (03/06/2012) . Malam tue , dah penat sangat , takyah cakaplah kan . Memang terleleh lah kan . Mengantuk sangat . Pagi nie bangun lambat sikit . Pukul 8 pagi pulak . HAHA . Salam-salam semua , nak balik . Dalam kereta bukak radio . Tapi time nie aku layan . Hahaha . Tertidur pulak dalam kereta . Almaklumlah , banyak buat kerja . Then bangun-bangun je dah sampai . HEHE . Begitu lah ceritanya . Harap maaf kalau buhsan . Ampun . Nasib lah cuti sekolah . Kalau tak , mesti esok aku tidur jugak dekat dalam kelas . Assalamualaikum and Sayonara ! <---- versi jepun pulak :)) |






