![]() ![]() |
gerhana bulan penuh pada 10 disember 2011
Saturday, December 10, 2011 with 0 comment
Assalamualaikum!Sehat?Hari nie kemungkinan gerhana bulan penuh akan keluar pada malam nie.So jom pakat ramai-ramai turun tengok gerhana bulan penuh nie.Bawak kamera tangkap gambar gerhana bulan penuh.Pastu esok dengan lagaknya tunjuk dekat kengkawan yang tak tengok gerhana bulan penuh nie dan bagitahu diaorang yang kau dah tangkap gambar bulan gerhana bulan penuh tu dengan semangatnya.Muahahah.*gelak bangga* Tak dapat tengok.Mak tak kasi turun bawah coz tak sihat lagi dari demam.*sobsob*.Eee.mak nie,orang dah sihat dari demam lah.Takpetakpe orang boleh tengok dari atas nie.Hahah.Terpaksa menyelok kan kepala dekat tingkap,di tangan ada kamera semata-mata nak tengok gerhana bulan penuh nie.Ok apa.Bukan selalu dapat tengok gerhana bulan penuh.Jarang gerhana bulan penuh nak keluar. Kepada ibubapa yang ada anak tu bolehlah tunjuk kebesaran ALLAH S.W.T. dekat anak-anak ya.Hehe. Disini ingin menunjukkan bagaimanakah gerhana bulan penuh boleh berlaku :)Disalin seratusperatus dari FaqihahHusni.FaqihahHusni menyalin artikel ini daripada Falak *Sebenar malas nak taip*Hehe. Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai. Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam. Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8): Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37 Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11 Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29 Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36 End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45 Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04 Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30 Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium. (Jika video tidak muncul, sila klik terus ke link youtube ini) Gambarajah 1 di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html) Secara umumnya, bayang-bayang Bumi terbahagi kepada bahagian: i. Penumbra– kawasan bayang-bayang bahagian luar, yang mana ia tidak begitu gelap dan agak sukar dilihat perbezaan warnanya apabila diamati dengan mata kasar. Gambarajah 1 Gambarajah 2, di bawah ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan mana yang boleh lihat fenomena gerhana kali ini. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html).Perhatikan keseluruhan Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) berpeluang melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir Gambarajah 2 Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit. Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh malam ini! Hadith yang sangat terkenal dan menjadi rujukan meluas mengenai gerhana bulan dan matahari adalah dari Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim, yang bermaksud:
Info Gerhana Bulan Penuh Jom pakat ramai-ramai tengok Gerhana Bulan Penuh Malam Nie ! ~weee :) |





